KURSUS WORDPRESS MALAYSIA – KELAS BINA WEBSITE KUALA LUMPUR

Apa itu WordPress?

Sebelum anda mengikuti Kursus WordPress Malaysia di Kuala Lumpur ini, tahu kah anda apa itu WordPress? Jangan terburu-buru untuk ikut kelas atau kursus bina laman web jika tidak tahu apa itu WordPress dahulu.

Bila tuan datang ke website saya ini, semestinya anda dah tahu apa itu WordPress bukan? Hihi. (Cuba lihat hasil kerja website saya menggunakan WordPress di sini).

WordPress ini diguna pakai sebagai platform atau medium untuk membangunkan laman sesawang ataupun “website”. WordPress juga adalah perisian sumber terbuka “open source” yang tuan boleh guna kan untuk mencipta laman, blog atau aplikasi bisnes jualan atas talian “online shop or eCommerce”.

Apa kelebihan membina laman web dengan WordPress?

Ada banyak kelebihan yang tuan boleh dapat apabila membina website menggunakan WordPress sebagai asas website tuan nanti.

Semua ini akan saya jelaskan lebih lanjut lagi di Kursus Website WordPress saya nanti secara personal 1-on-1 coaching.

Antara kelebihan nya;

  • CMS No.1 di Dunia
  • Template atau Theme yang sangat menarik dan professional
  • Senang dan mudah untuk dikemaskini. “user friendly”
  • Lebih dari 10,000 Plugin termasuk lah yang berbayar dan percuma
  • Lengkap fungsi menjual atas talian (eCommerce or Online Shop) yang canggih dan pelbagai fungsi boleh di tambah mengikut bisnes
  • Responsif dan sesuai dilihat dari semua peranti dan mobile phone anda
  • SEO – Lengkap dan mempunyai ciri-ciri Search Engine Optimization (SEO) yang terbaik

Selebihnya saya akan ulaskan lebih lanjut pada masa kursus juga.. hihi

Contoh laman web yang dibina menggunakan WordPress?

Website Najib Razak - Contoh WordPress - Kursus WordPress

Ada banyak lagi contoh laman web yang dicipta menggunakan WordPress. Ini adalah salah satu contoh laman web bekas Perdana Menteri kita.

Nak contoh lagi ke, check Portfolio WordPress saya ini.

Contoh Kerja Design WordPress untuk Zahid Aramai Kursus WordPress Website

Contoh Kerja Web Design Saya?

Nah… Semua ni contoh laman web saya dengan WordPress. Nak tahu macam mana nak buat laman web camni?

Jom ikut Kursus WordPress saya!

 

Siapa yang tenaga pengajar tuu?

Ok.. Saya yang akan ajar tuan/puan sekalian dalam Kursus Website WordPress saya nanti.

Jangan risau!

Saya boleh dan pasti akan ajar tuan macam mana untuk membuat laman web WordPress secara terperinci. Lihat saje hasil kerja saya dan sudah tentu anda tidak akan menyesal.

Boleh terangkan lebih lanjut Kelas Belajar WordPress?

Maklum la, saya hanya seorang dan tidak mempunyai pejabat atau pun dewan untuk membuat kursus ini. Oleh itu, saya akan membuat kursus bina website menggunakan WordPress ini secara personal/individual coaching di mana-mana tempat yang sesuai seperti cafe atau kedai kopi.

Semestinya lagi berbaloi apabila saya boleh fokus untuk membimbing tuan dalam membina web menggunakan WordPress.

Pembelajaran yang khusus sehingga anda betul-betul paham dan boleh buat web WordPress sendiri!

Saya akan terangkan lebih jelas dan padat cara-cara bina laman web portal menggunakan website WordPress CMS termasuklah ilmu pemasaran dan memperkasakan web tuan di Google rank (SEO).

Berminat? Sila contact saya segera – klik sini!

Bengkel Kursus WordPress bersama MyClaaz Student - Zahid Aramai

Siapa je boleh ikut kelas ini?

Sejujurnya, saya hanya buka slot untuk client yang mengambil servis web design saya tetapi saya berbuka hati untuk mengajar sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalami ilmu website WordPress dan laman sesawang (website).

Antara Individu yang sesuai adalah;

  • Seorang usahawan yang ingin membina laman website sendiri
  • Seorang individu yang ingin membina laman website untuk servis beliau kelak
  • Kelompok usahawan dari syarikat yang sama untuk melatih membina dan mengurus laman website mereka
  • Terbuka untuk semua golongan yang ingin membina website dari WordPress secara personal coaching 1-on-1 sesi
  • Seseorang yang mempunyai masalah untuk mengatasi isu website sendiri

Secara amnya, saya lebih terbuka untuk membuat sesi mengajar secara seorang-seorang dari kelompok yang ramai. Maka, anda pun lebih jelas dan fokus untuk belajar dan mendalami ilmu web WordPress ini.

Bila tarikh Kursus Website WordPress Kuala Lumpur?

Tiada tarikh yang tetap di sebabkan kelas akan di buat secara individu. Maka, kita akan mencari masa yang sesuai untuk sama-sama hadir pada waktu itu.

Saya lebih suka buat kelas mengajar pada hari Sabtu atau Ahad sahaja.

Kursus ini hanya untuk sehari sahaja.. Nak 2 hari? Boleh juga.. hihi

 

Boleh tahu masa dan di mana tempat Kursus ni nanti?

Untuk kursus 1-on-1 ni, saya lebih suka buat di online video coaching sahaja disebabkan musim pandemic yang menyukar kan saya dan anda untuk berjumpa. Dengan itu, adalah lebih elok untuk kita buat Kursus or Kelas WordPress ini secara Webinar menggunakan Zoom, Google Meet or Microsoft Teams sahaja. Mudah dan recorded lagi. 

Tempat: Online Coaching – Zoom, Google Meet, Microsoft Teams
Waktu Kelas: 9am-5pm sahaja

Meeting Bersama Meritus University berkenaan WordPress - Zahid Aramai

Apakah silibus terkini dalam Kursus WordPress?

Saya tidak mempunyai silibus yang tetap untuk kursus ini tetapi lebih kepada menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh bakal pelajar saya nanti.

Jika tuan/puan mempunyai isu-isu laman web dan ingin belajar mengatasi nya, maka saya lebih suka mengajar anda menyelesaikan isu terbabit.

Atau pun, anda memang nak bina website sendiri. Maka, saya boleh ajar terus cara bina laman web anda secara terperinci dan praktikal dari A sampai la Z. Lengkap dan siap pada masa hari tu juga. Best kan? Hihi

Walaupun begitu, saya masih akan ajar segala basic website WordPress dengan lebih mendalam termasuk lah; (dalam bahasa English)

  • Set up a PHP and MySQL database on localhost
  • Install WordPress on the MySQL database
  • Plan their website by choosing color schemes, fonts, layouts, and more
  • Search for themes in WordPress
  • Select, install, and activate a theme
  • Add posts to their website
  • Create website pages
  • Add images, photo galleries, and more
  • Create tags for SEO and categories to organize their posts
  • Use WordPress as a content management system (CMS)
  • Use widgets and plugins
  • Create an ecommerce site
  • Speed up your website
  • Setting up SEO by using Yoast SEO Plugin
  • Customize a WordPress site using PHP, CSS, and HTML

 

Apa bonus yang saya dapat dari Kursus Bina Web WordPress?

Ohhh… Bonus yang paling penting adalah tuan akan dapat lebih perhatian dan bimbingan dari saya apabila saya mengajar dalam sesi 1-on-1. Sangat berbaloi dan fokus untuk mempelajari ilmu WordPress dan pemasaran online.

Bukan itu sahaja yeee.. Hihi..

  • Percuma Template/Theme Professional
  • Percuma Plugin yang berbayar (WP Rocket, Elementor Pro, Divi, Astra Pro, SeoPRO, Swift Performance Pro dan banyak lagi)

Kursus WordPress bersama Student UTHM Zahid Aramai

Berapa agaknye harga kos Kursus Website ni?

Harga kos ini adalah RM750 sahaja untuk 1 day personal coaching 1-on-1 sahaja.

Tak kan ada kos tersembunyi (No hidden cost).

Bagaimana cara untuk saya mendaftar Kursus Website WordPress?

Cara nya sangat la mudah dan ringkas. Anda hanya perlu hubungi saya secara terus melalui whatsapp atau call terus +601151978879 (klik sahaja nombor itu dan call).

Untuk lebih senang, boleh hubungi saya melalu sini..

BERMINAT UNTUK MENGIKUTI KELAS KURSUS WORDPRESS MALAYSIA DI KUALA LUMPUR?

HUBUNGI SAYA SEGERA DI TALIAN +601151978879

ZahidAramai-Circle-AboutUs1

Got A Website Project In Mind?

I love to hear about your project, business, where you want to be and how I can help get you there.

Kelas WordPress Tutup Sementara Waktu.

Kursus WordPress